Ria dalam duka
12 Oktober 2008...
Jam 11 pagi adik memberitahu yang ayah dimasukkan ke wad kerana penyakit jantungnya kembali menyerang. Kami bergegas pulang ke kampung. Dalam hati berdoa mudah-mudahan ayah tak apa-apa. Setibanya di Hospital Slim River, kami terus menuju ke wad 4 tingkat 5. Hati tersentuh melihat keadaan ayah yang sugul tapi ayah tetap tersenyum walau dalam sakitnya. Berita ayah dimasukkan ke wad cepat tersebar di kalangan adik beradik yang lain. Di situlah kami berkumpul anak beranak. Meriah pula jadinya di katil ayah. Maklum la masih dalam suasana syawal dan ada yang belum berkesempatan untuk bertemu. Jadi di situlah juga kami bersalam-salaman dan bertanya khabar. Alhamdulilah ayah nampak gembira menerima kunjungan kami. Kini ayah masih di hospital tapi saya terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana kuliah sedang menanti. Hanya doa dikirimkan dari jauh mudah-mudahan ayah cepat sembuh dan saya pasti akan menghubungi ayah dari masa ke masa melalui telefon bimbitnya untuk bertanyakan khabar.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home