Tuesday, October 14, 2008

Bermulanya Semester Baru

Salam Ceria

Hari ni hari kedua kuliah bermula. Semalam tak sempat nak bercerita tentang hal kuliah sebab kesuntukan waktu. Lagi pula dengan masalah wireless internet yang ramai maklum, 'speed'nya macam kura-kura...laju sikit je dari siput. hehehe... Nak upload sekeping gambar pun kadang sampai setengah jam, kadang-kadang langsung tak dapat. Tak apa la. Sekurang-kurangnya ada gak internet, ye tak?


Berbalik tentang kuliah, semalam hari pertama kuliah tentang 'mental disorder'.Ala...tentang penyakit kejiwaan la...senang cakap. Kalau dah ambik dadah tu tentu ada kaitannya dengan masalah mental. Rupanya masalah latah di kalangan orang melayu tu pun termasuk dalam kategori tersebut. Yang peliknya, kat negara lain tak pulak ada masalah latah ni. Kenapa dan mengapa eh? Boleh buat kajian ni. Ada sesiapa yang berminat? Di Afrika pula ada sejenis penyakit mental yang dipanggil 'koro'...tapi saya tak dapat jelaskan di sini sebab dia lucah sikit. Kalau nak tau, email la saya atau tanya kat Ustaz Norish... hehehehe




hari pertama kuliah (13 Oktober 2008) - kelas masih lengang walaupun waktu dah hampir pukul 9 pagi.



sempat juga bergambar dengan cikgu norish sementara menunggu kuliah bermula sebab kawan-kawan kata kami sedondon hari ni

(berjaya juga muat turun gambar ni setelah 2 jam mencuba. huhuhuhu)

Monday, October 13, 2008

Ria dalam duka







12 Oktober 2008...

Jam 11 pagi adik memberitahu yang ayah dimasukkan ke wad kerana penyakit jantungnya kembali menyerang. Kami bergegas pulang ke kampung. Dalam hati berdoa mudah-mudahan ayah tak apa-apa. Setibanya di Hospital Slim River, kami terus menuju ke wad 4 tingkat 5. Hati tersentuh melihat keadaan ayah yang sugul tapi ayah tetap tersenyum walau dalam sakitnya. Berita ayah dimasukkan ke wad cepat tersebar di kalangan adik beradik yang lain. Di situlah kami berkumpul anak beranak. Meriah pula jadinya di katil ayah. Maklum la masih dalam suasana syawal dan ada yang belum berkesempatan untuk bertemu. Jadi di situlah juga kami bersalam-salaman dan bertanya khabar. Alhamdulilah ayah nampak gembira menerima kunjungan kami. Kini ayah masih di hospital tapi saya terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana kuliah sedang menanti. Hanya doa dikirimkan dari jauh mudah-mudahan ayah cepat sembuh dan saya pasti akan menghubungi ayah dari masa ke masa melalui telefon bimbitnya untuk bertanyakan khabar.

Sunday, October 12, 2008

MENDAPAT ZURIAT

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua

Alhamdulillah, pagi nie berkesempatan untuk meneruskan perkongsian ilmu setelah sibuk dengan malayani syawal.

Terkadang hati isteri @ wanita ini pasti TERSENTUH apabila melihat jernih-jernih kaca bergenang di kelopak mata klien dan juga pesakit menceritakan pahit getir, suka duka perjalanan yang ditempuh dlm usaha untuk mendapatkan zuriat. Setiap insan di dunia pasti di duga Allah, ada insan yg diuji dengan musibah penyakit, kemelaratan, kemiskinan, penceraian, perpisahan, kematian dsbgnya..Jangan SESEKALI PUTUS ASA AKAN RAHMAT ALLAH...ada sebab DOA KITA BELUM BERJAWAB.... PERCAYALAH! !! ADA KETIKANYA DOA KITA BELUM BERJAWAB...BUKAN BERMAKSUD ALLAH TELAH MENINGGALKAN KITA TETAPI SEBENARNYA "DIA" MEMPUNYAI PERANCANGAN YANG LEBIH HEBAT UNTUK KITA...ada hikmah yang tersirat di sebalik ujian. ini..."RAHSIA" itu hanya kita dan Allah yg lebih mengetahui.. .

Tidak dinafikan rata-rata yang bertemu ...meluahkan TAHAP STRESS yang tinggi...kalau boleh diratekan... 8/10 tahap stress mereka...tekanan, bebanan emosi dan perasaan yg dilalui apabila menyentuh ISU ANAK...sangat- sangat SENSITIF & MEMBERI TEKANAN...Jika ditinjau dari PERSPEKTIF SAINS MINDA ~ apabila seseorang individu berada di dalam keadaan STRESS ~ GELOMBANG MINDA CENDERUNG TERPERANGKAP DI DALAM GELOMBANG BETA,begitu juga apabila individu RASA TERTEKAN ~ nakkk sangat sesuatu dlm kes ini inginkan zuriatlah. Menurut perspektif SAINS MINDA inilah sebahagian FAKTOR @ PUNCA energy yang dicurahkan tidak berupaya menampakkan HASIL YANG DIHARAPKAN.Sunggupu n pelbagai ikhtiar, pengorbanan masa,wang ringgit, tenaga, doa tapi MASIH JUGA BELUM DIMAKBULKAN.

(Sebenarnya ada TERTIB dan TEKNIKNYA UNTUK KITA BERDOA & MELONTARKAN HAJAT...bukannya sembarangan. .ada kunci-kunci RAHSIANYA)

Disamping itu ada juga dikalangan suami yang mempunyai masalah dari segi kesuburan , perokok tegar dan sebagainya. Dan tidak dinafikan sebahagiannya pula ada UNSUR LAIN yang menganggu. Walauapapun, insyaAllah di NQ ada penawar dan rawatannya.

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan TENTANG KEAJAIBAN SAINS MINDA ini..cuma barangkali di Malaysia TEKNIK INI AGAK BARU dan MASIH BELUM LUAS DIPERKENALKAN SBG SALAH SATU PENDEKATAN UNTUK TUJUAN PERAWATAN.

Menurut salah satu kajian oleh seorang PROPONENT YANG TERKENAL DLM BIDANG INI IAITU DR JOSE SILVA. Satu kajian tentang KEAJABAIBAN SAINS MINDA dilakukan untuk pasukan bola keranjang Amerika untuk sukan Olympik. Responden dibahagikan kepada 3 KUMPULAN iaitu :
Kumpulan A : Responden yang dilatih secara fizikal shoot bola setiap hari
Kumpulan B : Responden TIDAK DIBERI LATIHAN APA-APA
Kumpulan C : Responden yang diberi latihan secara MINDA ~ shoot bola setiap hari
Di akhir kajian ini apa YANG MEMBANGGAKAN & DI LUAR JANGKAAN, kemampuan KUMPULAN C yang hanya menggunakan Teknik MInda mempamerkan kejayaan yang hampir sama dengan mereka @ responden yg menjalani latihan SECARA FIZIKAL.

Nahhh! Nampak tak di situ...sebahagian KEAJAIBAN SAINS MINDA, hanya tentang TEKNIK DAN TERTIB YANG TEPAT...secara visualise mampu memberikan kejayaan.
Dan TEKNIK JUGA SEBENARNYA BOLEH DIMANFAATKAN UTK MENJAYAKAN IMPIAN UTK MENDAPATKAN ZURIAT...

Sesungguh ILMU ALLAH SANGAT LUAS ~ apa yang kita athu hanyalah ibarat satu jari yang dicelupkan dalam LAUTAN ALLAH YANG MAHA LUAS...

Dalam mencapai impian.....menangan i permasalah mahupun ujian Allah...PERLU TABAH...TERBUKA. ..PERLUKAN STRATEGY DAN KEBIJAKSANAAN DALAM MENANGANINYA. ..PEMANTAPAN ASPEK RUHANI @ SPIRITUAL, MENTAL, EMOSI DAN FIZIKAL SEHARUSNYA DIGEMBLINGKAN SERENTAK & HOLISTIK..insyaAllah barulah energytu pergi laju..(bersama rawatan di Nur Qudrah 4 ASPEK ini AKAN KITA GARAPKAN SECARA HOLISTIK & SERENTAK ~ barulah hadir 'RUH" @ ENERGYNYA... SUPER POWER!!!...insyaAll ah)

InsyaAllah dengan kepakaran dalam bidang kaunseling serta perubatan alternatif, saya cuba membantu rakan-rakan untuk menangani ISU STRESS & HALANGAN-HALANGAN MINDA yang akan menganggu perjalanan untuk mencapai GELOMBANG ALPHA...

Semoga paparan berikut memberi insight...(Paparan ini bukanlah nama sebenar untuk memelihara KERAHSIAAN& DIGNITY KLIEN DAN PARA PESAKIT NQ)

Kisah 1

Kebetulan beberapa minggu yang lalu saya mengendalikan sesi konsultasi dengan seorang ibu muda yang baru kematian zuriatnya... baby lahir tidak cukup bulan. Baru lepas pantang..sedikit saja saya cuit, "ARE YOUR HAVING STRESS DURING YOUR PREGNANCY??" ...Pupp! :'(Emm...yes kak aniz, kerjaya sbg jurutera dengan jadual kerja tak menentu..kena stand by, panjat tower, naik gondola...tuntutan dan tekanan dr majikan untuk menyiapkan tugasan really buat I drain out of energy apatah lagi saat mengandung.. .I betul-betul rasa lemah dan tak segagah kehamilan pertama dulu...bermacam kaedah dan ubat juga saya cuba tapi macam takde impak atau perubahan yang saya inginkan...macam biasajek...sehingga laa di usia kandungan 6 bulan lebih saya bleeding dan baby lahir namun kesan drpd tahap kesihatan serta tak cukup bulan baby saya meninggal... it's a girl, kalau hidup haritu sepasang zuriat saya.Ada nada sedih seorang ibu menangisi anak pemergian anak yang dikandungnya.

Kesempatan waktu dalam pantang saya surf di internet dan terbaca blog justeru saya ambil peluang nie utk mendapatkan konsultasi ...komen Pn Leana (bukan nama sebenar)dr Klang.

Marlia (bukan nama sebenar) merupakan isteri kedua, seorang terpelajar dan bekerjaya. Tugasan sbg QS yang sentiasa dibebani tuntutan memburu dateline dan BEBAN EMOSI bergelar isteri kedua membuatkan beliau terjebak dalam EMOSI, sejak awal perkahwinan (2 tahun ) dari hari ke hari EMOSI YG TERPENDAM membuatkan beliau berada di dalam keadaan TERTEKAN...moody, panas baran, sensitif, lesu, adakalanya putus asa, tidak fokus, fikiran mudah melayang...tidak bersemangat sering mewarnai perjalanan hidup sejak 2 tahun kebelakangan. Beliau juga mengalami masalah endometrosis...jika ditinjau dari perspektif perawatan alternatif STRESS MEMBERI PENGARUH TERHADAP SISTEM BIOLOGY ATAU FIZIKAL individiu... dalam diam stress ibarat "racun' yang akan membunuh individu dalam diam...KENAPA KEADAAN INI BOLEH BERLAKU???

Apabila indivdiu berada di dalam keadaan STRESS, badan akan menjadi LEBIH ASIDIC dan keadaan ini :
1) Menganggu imunisasi tubuh ~ lazimnya klien @ pesakit yg hadir akan memberi maklumbalas. ..mengalami kesukaran tidur, tekanan darah tinggi /rendah, migrane dsbnya
2) Menganggu metabolisme tubuh
3) Stress juga
merangsang @ memangkin pertumbuhan sel-sel yang tidak sihat di dalam tubuh manusia (spt cyst, endometrosis, gangguan hormon dsbgnya) DITAMBAH PULA DENGAN SEGALA MACAM PENCEMARAN ~ udara, air, pemakanan (lihat shj isu ayam yang disuntik ubat hormon baru-baru ini).

Nampak shj MACAM TAKDE APA-APA ~ everything SEEMS UNDER CONTROL TETAPI ~ tanpa disedari TUBUH INDIVIDU YANG TERJEBAK DGN STRESS MENERIMA KESANNYA!!!! ...Sebab itulah SEKIRANYA ANDA DI DALAM KEADAAN STRESS ~ luahkan cari sokongan luar spt ibubapa, rakan-rakan, sahabat-handai or even seek for PROFESIONAL HELPS...REACH OUTTT!!! Jangan biarkan diri sorang-sorang dlm beban emosi....adakalanya penyakit itu tak datang sekelip mata TETAPI ...ianya 'makan dlm' bak kata org tua-tua ...


Buat rakan-rakan yang dalam MISI UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT...

Take a deep breath, relaxx & enjoy this song (music is part of theraphy sebenarnya yg boleh kita manfaatkan untuk menangani STRESS but of course sebaiknya biarlah di jalan yg mengingatkan kita KEPADA ALLAH dan bukannya melalaikan)

Kisah 2



TESTIMONIAL NQ ~ Ikhtiar Zuriat (Masalah Gangguan Saka)
Dr Arlynn(bukan nama sebenar ) dan pasangan En Wahab merupakan pasangan yang dipilih Allah untuk melewati ujian ini. Dr Arlynn sendiri meruapa GYnae..pakar sakit puan (dapat bayangkan bagaiman emosi beliau yang mendambakan kehadiran cahayamata.. .mengendalikan pesakit tapi beliau sendiri belum diberi keizinan ketika itu utk mengandung). En Wahab pula PEGUAM terkenal...dugaan dan cobaan mata-mata yang menggoda di luar sana tak kurang ehbat...kes klien-klien yg diuruskan... ibu tunggal yang mencari kasih utk dahan berpaut ~ kalau tidak tebal iman di dada harus terperangkap. Pasangan ini mendapatkan khidmat kami.

Pelbagai usaha dilakukan Prof ...kepada Dr Arlynn sendiri mengendalikan kes beliau namun hasilnya cukup mengecewakan. ..Ingat lagi setiap kali datang bulan emosinya akan terganggu... sikap panas baran, memberontak. ..menangis, semuanya serba tak kena...suami tercintalaa tempat melepaskan segala TEKANAN.

Kemewahan suami takde maknanya buat Dr Arlynn...kehidupan berumahtangga HILANG SERINYA TANPA KEHADIRAN CAHAYAMATA.. .kalau kereta mewahtu silih berganti macam ganti kasut jek...calar sket , accident..tukar. ..kalau tidak diturutkan akan...mengamuk. Mujurlaa si suami orang yang BERILMU...beliau faham bukan kemahuan dan kehendak isterinya begitu....SEBENARNYA ADA "UNSUR" LAIN YANG MENDAMPINGI DIRI...

Keadaan ini..jika ditinjau dr perspektif Islam memang ada spesis syaitan yang tugasnya berkampung di dlm rahim wanita dan memakan benih tersebut. Manakala dr perspektif budaya masyarakat Melayu khususnya ianya dikenali sbg SAKA...

Alhamdulillah dengan izin Allah ...setelah unsur negatif ini disingkirkan ditambah pula kuasa doa, munajat, dzikrulah dan rawatan yang dijalani akhir Dr Arlynn dan En Wahab dikurniakan cahaya mata..kembar pulatu...

Memang jika dilihat dgn mata kasar dan ilmu yang terhad benda-benda sperti ini seakan tidak percaya...tetapi sebenarya ada dalam Islam...ILMU ALLAH SANGAT LUAS APA YG KITA KETAHUINIE HANYALAA IBARAT SATU JARI DICELUPKAN DI LAUTAN YANG LUAS...tambah pula alam ghaib...

TESTIMONIAL NQ ~ Ikhtiar Zuriat (Gangguan Hormon & Stress)

Julia dan pasangannya sudah berkahwin hampir 3 tahun namun masih belum menimang cahayamata. Membaca coretan saya di internet tentang kehamilan menggerakkan hati beliau utk menghubungi saya utk mendapatkan bantuan. Masalah beliau adalah gangguan hormon akibat masalah berat badan yang dihadapi dan juga stress. Beliau mudah moody, kurang daya tumpuan, lesu dan mudah panas baran. Alhamdulillah dengan rawatan yang dijalani serta pengambilan produk saya sendiri tidak menyangka... dalam masa sebulan beliau berjaya menyingkirkan 10kg daripada 70kg turun 60kg dan PALING MENGGEMBIRAKAN beliau akhirnya penantian beliau dan pasangannya berakhir apabila pada minggu kedua bulan kedua rawatannya Julia disahkan hamil..

P/S : Berminat untuk mendapatkan khidmat runding sila email ke nqalpah43@yahoo. com untuk melengkapkan INVENTORI IKHTIAR ZURIAT @ NQ. Segala maklumat adalah RAHSIA bagi memelihara ETIKA KAUNSELING, DIGNITY, RASA SELAMAT & DILINDUNGI pihak klien. Daripada makluman yang diberikan ~ penyediaan PELAN RAWATAN akan dilakukan. Sesi khidmat runding boleh dilakukan :

1) Bersemuka ~ pelan lokasi akan diemailkan untuk sesi temujanji

2) Menerusi Yahoo Messenger ~ nizwar75@yahoo. com

3) Telefon ~ 012-3915362

Sesi temujanji boleh diisi di dalam INVENTORI, insyaAllah PENDEKATAN MEDITASI ISLAM & MINDA SUPER + PRODUK (ATAS PILIHAN KLIEN) mampu memberi sinar dan harapan baru dalam menjayakan impian anda.

Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling

Petikan dari laman web http://kaunseling.multiply.com
/journal/item/14 . Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang berkenaan. Amin.


Saturday, October 11, 2008


Bunga Hiasan Langit

Kenangan di Kota Bharu



Labels: ,

Friday, October 10, 2008

Kamera Digital Pertama Saya


Salam Jumaat

Cantik tak warna kamera tu? Itu la kamera Olympus FE 360. Alhamdulilah akhirnya dapat juga saya membeli sebuah kamera digital yang harganya dalam lingkungan bajet saya. Kalau nak tau, seumur hidup saya memang tak pernah beli kamera. Ini la kamera pertama saya. Sebelum ni saya rasa belum berapa perlu untuk beli kamera sendiri. Entah la. Mungkin sebab saya ni bukan jenis yang suka melaram depan kamera. Jadi jurufoto biasa la.

Kamera ni pun saya beli sebab terpaksa siapkan tugasan. Maklum la, dah jadi student balik. Tambahan pula diberi biasiswa dan bergaji penuh. Jadi boleh la gunakan untuk beli keperluan belajar. Selepas berlegar-legar mencari kedai kamera, akhirnya saya bersama suami singgah di sebuah kedai foto yang menjual berbagai jenis kamera. Memang cantik-cantik. Cute-cute. Pelbagai warna dan pilihan. Pilih je ikut kantong masing-masing. Hehehe....

Saya sebenarnya tak kisah kamera jenis apa pun asalkan praktikal dan berbaloi dengan bajet saya. Akhirnya inilah pilihan saya dan suami. Syukur alhamdulilah. Mudah-mudahan saya dapat bersama-sama berkongsi memori dengan kawan-kawan semua. Insyaallah nanti kalau dah mula mahir menggunakan kamera baru ni dan mula 'giler berposing' atau 'snap' gambar, saya akan tempelkan di sini buat tatapan kawan-kawan semua. Tungguuuuu....

Thursday, October 9, 2008


Labels:

Salam Buat Semua Yang Sudi Berkenalan

Salam

Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengunjungi laman blog saya ini. Saya baru je belajar camana nak buat laman blog. Namun banyak lagi yang perlu saya pelajari. Maaflah saya tak punya gambar yang menarik untuk disisipkan. Baru berkira-kira nak beli kamera digital. Gambar-gambar yang saya sertakan tu adalah ihsan dari kawan-kawan SPADA. Mujurlah mereka tak kedekut untuk berkongsi foto.

Tadi saya ke bandar K konon untuk intai-intai kamera yang berkenan di hati. Tapi nasib tak menyebelahi saya nampaknya. Banyak kedai yang belum dibuka di sini kerana waktu masih pagi (dalam pukul 10 gitu). Ada yang baru nak buka pintu. Saya cuma jalan-jalan melihat-lihat kedai yang tentunya bukan kedai foto atau kedai yang saya cari. Akhirnya setelah sejam berada di situ saya cuma beli makanan je. Dalam hati tak apa lah...saya cari lagi nanti kamera tersebut di tempat lain.

Buat pengunjung laman blog saya ini, terima kasih sekali lagi. Insyaallah nanti dah ada kamera saya akan sisipkan gambar-gambar macam kawan-kawan lain jugak. Salam ceria. Oh ye, sebelum tu saya nak tau jugak kalau-kalau kawan-kawan ada cadangan kamera apa yang paling bagus untuk saya beli. Bajet dalam 5 - 6 ratus je. Tolong ye. Boleh bagi cadangan dalam shoutmix kat sebelah tu.

Salam sekali lagi.

Tuesday, October 7, 2008

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? :huh:

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung... ... ... .!!!

hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual, saya gurau je :aiya:


First time buat pasport antarabangsa

Salam lebaran. Masih dalam mood raya? Puasa enam pun belum terbuat lagi. Semalam balik ke KL terus buat passport. Ye la, ingat kan kurang la orang sikit sebab ramai yang dah mula bekerja semula. Tapi... sampai je kat pejabat imigresen di Subang tu dah nampak orang berduyun kat pintu masuk. Sebab dan sampai, teruskan saja la niat nak buat pasport. Tambahan pula ni first time ada pasport antarabangsa. Hehehe... Nasib baik juga saya dah lengkapkan apa yang perlu dan terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran. Terkedu kejap sebab angka dah masuk 1315 orang. Fuh! Waktu dah pukul 12.14 tengahari. Pukul berapa la nak siap ni? Tapi saya nekad teruskan niat. Tunggu punya tunggu punya tunggu...akhirnya tiba la giliran saya. Nak tau pukul berapa? waktu tu dah pukul 3.50 petang. Lepas buat bayaran, masa dah time. hehehehe....(sebab depa dah nak tutup pukul 5) terpaksa la datang sekali lagi esoknya (hari ni la) untuk ambik pasport yang dah siap. Tapi sekarang saya dah kat kampung kat Johor. So, nanti la saya balik KL balik untuk ambik pasport tu. Bukan nak ke mana pun lagi. Kepada kawan-kawan yang belum buat pasport tu, cepat-cepatla buat ye. Takut nanti duit habis beraya sakan. Beringat sebelum terlambat. Jumpa lagi.

Saturday, October 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Labels:

Friday, October 3, 2008

Rakan SPADA



Thursday, October 2, 2008

KISAH SEBATANG BAMBU

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu, " Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku? "Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu. "Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah ituaku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur. "Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?" Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, kerana aku memilihmu justru kerana engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah." Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yangkau kehendaki." Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.
Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untukmenjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat kerana Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki." Renung-renungkanlah....

Monday, September 29, 2008

Semoga Allah Ampunkan Aku


Hari ini adalah hari yang amat bersejarah dalam hidup ku. Tiada lain yang ku harapkan selain keredhaan dari Ilahi. Semoga rahmatNya sentiasa mengiringi sisa nafas yang ku hirup di maya pada ini. Syukur pada Mu Ya Allah kerana aku masih mampu menikmati kurnia Mu yang tak terbilang untuk dihitung, tak terungkap untuk diucap, tak terdaya untuk dibicara. Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah. Hanya pada Mu lah Duhai Allah aku berserah kerana hanya Engkau lah yang tahu apa yang terbaik untukku dan untuk setiap hamba Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, September 28, 2008

Kisah Telur Rebus

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang
malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku
dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...
Alamak..
ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia...
adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega...
bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran
sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

Nota Kaki : Ini bukan citer saya tau, saya pun ambik citer ni dari internet. Memang gelak sorang-sorang saya dibuatnya. Hilang stress. huhuhu

Friday, September 26, 2008

Ulama dan Pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

E-mail dan Komputer

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”

Wednesday, September 24, 2008

Laporan Temubual Bersama Penghuni Pusat Serenti Wanita Bachok, Kelantan


TARIKH : 24 OGOS 2008

MASA : 1.00 - 2.00 PETANG

TEMPAT : KANTIN PUSAT SERENTI WANITA BACHOK



Pada 24 Ogos 2008 yang lalu, serombongan pelajar SPADA sesi Julai 2008 telah mengunjungi Pusat Serenti Wanita bertempat di Bachok, Kelantan. Tujuan lawatan kami ke sana ialah untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh diperolehi bagi menangani masalah dadah di samping menerokai dan mengenali sendiri persekitaran suasana di pusat serenti. Pusat Serenti di Bachok ini adalah sangat istimewa kerana inilah satu-satunya pusat serenti khas untuk wanita di Malaysia.

Selain daripada meninjau prasarana yang ada di dalam pusat serenti tersebut, kami juga diberi sedikit taklimat mengenai kaedah rawatan dan pemulihan di situ oleh Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu Encik Azman. Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dengan lain-lain pusat serenti yang ada di seluruh Malaysia iaitu dengan menerapkan 10 elemen yang berikut:
1. orientasi
2. rawatan kesihatan
3. fizikal dan disiplin
4. Bimbingan dan Kaunseling
5. Agama dan Moral
6. Latihan kemahiran
7. Pendidikan Sivik dan Tatanegara
8. Sukan dan riadah
9. Pendidikan formal
10. Integrasi semula ke dalam masyarakat.
Setelah dibawa melihat persekitaran di dalam Pusat Serenti tersebut kami juga diberi peluang untuk menemubual dan beramah mesra dengan penghuni di situ. Setiap seorang daripada pelajar SPADA telah berpeluang bertemu ramah secara seorang dengan seorang di kalangan penghuni di situ dan ini juga merupakan satu tugasan yang perlu disiapkan oleh kami sebagai pelajar SPADA.

Saya telah dipertemukan dengan Jamaliah binti Johari (nama samaran). Beliau baru berusia 21 tahun dan berasal dari Desa Tasik Permaisuri, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Jamaliah adalah anak bongsu dari 7 beradik. Masih mempunyai ibu dan ayah. Begitu juga dengan adik beradik yang lain.

Berdasarkan ceritanya, Jamaliah mengakui telah mula terjebak dengan masalah penagihan dadah sejak berusia 15 tahun lagi iaitu pada tahun 2004. Namun beliau telah mula mengenali dadah lebih awal dari itu iaitu sewaktu beliau berada di dalam Tingkatan 1 lagi. Ini adalah kerana abangnya yang sulung adalah penagih tegar. Beliau sering melihat abangnya menghisap dadah di dalam bilik di rumah mereka.

Pada awalnya Jamaliah tidak menghiraukan langsung tabiat abangnya yang menghisap dadah sehinggalah pada satu hari beliau mendapat tahu bahawa dirinya bukan anak kandung kepada ibu dan ayahnya sekarang. Jamaliah merasa amat kecewa dan marah kerana ibu bapanya tidak menceritakan hal yang sebenar. Puas ditanya dan dipujuk namun ibunya tetap menafikannya. Namun beliau akhirnya mendapat penjelasan yang jitu tentang status dirinya dari kakaknya yang telah menceritakan hal sebenar kepadanya.

Memandangkan prestasi persekolahannya yang kian merosot, Jamaliah telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah sehingga Tingkatan 3 sahaja. Bertitik tolak dari situlah Jamaliah telah berjinak-jinak dengan dadah kerana beliau merasa amat tertekan dengan status dirinya yang hanya anak angkat kepada kedua ibu bapanya sekarang. Beliau mengambil langkah nekad untuk mencuba dadah yang sememangnya ada di dalam bilik abangnya.

Bermula saat itu, Jamaliah semakin khayal dengan dunianya. Beliau mendapat wang untuk membeli dadah dari wang saku yang diberi oleh ibunya. Menurut Jamaliah lagi, kawasan persekitaran tempat tinggal yang mereka duduki adalah sarang penagihan dan pengedaran dadah. Untuk mendapatkan ’bekalan’ tidak menjadi masalah kepadanya kerana dia boleh membeli dadah jenis heroin dengan harga serendah RM10 sekali hisap. Sekiranya ada wang lebih, beliau sanggup membeli sehingga RM100 dan menghabiskannya dalam tempoh sehari saja.

Jamaliah juga memberitahu bahawa beliau berasa kesal dan kecewa kerana kedua orang tuanya begitu sibuk di luar. Ibunya sangat aktif dalam persatuan politik di tempat tinggal mereka manakala ayahnya pula adalah seorang usahawan yang agak berjaya. Berdasarkan keterangannya, keluarganya boleh dikatakan dari kalangan orang senang. Namun Jamaliah sering ditinggalkan berseorangan di rumah dan hanya dibekalkan dengan wang saku untuk kegunaan seharian. Lantaran itu untuk menghilangkan kebosanan dan perasaan kecewanya, beliau nekad mengambil dadah.

Kegiatannya menghisap dadah akhirnya terbongkar apabila Jamaliah sendiri nekad menceritakan masalahnya kepada ibunya kerana tidak tahan lagi menghadapi saat-saat ’ketagihan’ dan gian yang melampau. Pada awalnya ibu beliau memang agak terkejut dan marah dengan apa yang terjadi tetapi akhirnya bersepakat seisi keluarga untuk membantu Jamaliah. Akhirnya ibunya telah membawa Jamaliah ke balai polis yang berhampiran dan Jamaliah akhirnya telah ditempatkan di Pusat Serenti Bachok buat pertama kalinya pada 31.12.2004 dengan dihantar sendiri oleh kedua orang tua angkatnya.

Dari 31.12.2004 hingga 2006, Jamaliah telah selamat menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti ini dan kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang telah dianggap sebagai keluarga sendiri kerana sehingga saat ini beliau sendiri tidak tahu siapakah ibu dan bapanya yang sebenar. Namun menurut Jamaliah, beliau sekali lagi terjebak dengan masalah penagihan dadah kerana ’konco-konco’ yang mengedar dadah sering memujuknya untuk kembali menagih. Seperti yang diberitahu sejak awal tadi, kerana merasa bosan dan keseorangan beliau akhirnya tewas dengan pujukan mereka hanya selepas dua bulan kembali ke pangkuan keluarga. Namun kali ini beliau sedar akan kesilapannya. Untuk mengelakkan masalah berterusan, beliau nekad pergi sendiri secara sukarela ke Pusat Serenti Bachok ini dengan menaiki bas berseorangan. Beliau sekali lagi menjalani rutin hidup sebagai penghuni pusat serenti dari Februari 2006 hingga 2008.

Sekembalinya ke pangkuan keluarga, Jamaliah merasa tidak betah berada di rumah. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk terus berada di Pusat Serenti Bachok. Jamaliah akui masih belum bersedia sepenuhnya untuk berada di dunia luar dan pada bulan Julai 2008 selepas lima bulan kembali kepangkuan keluarga, beliau kini merasa lebih selamat berada di dalam Pusat Serenti ini dan ini merupakan kali ketiga beliau dimasukkan ke sini.

Menurut Jamaliah, beliau masih lemah untuk berhadapan dengan masyarakat. Meskipun diberi didikan agama yang mencukupi namun perhatian dari kedua ibu bapa adalah amat penting. Saya juga ada bertanyakan pada Jamaliah adakah beliau tahu tentang hukum mengambil dadah dari sudut agama Islam dan Jamaliah mengakui ianya adalah haram di sisi Islam. Jamaliah juga bukanlah seorang yang tidak tahu langsung mengenai agama Islam. Beliau ada juga mengerjakan solat lima waktu namun apabila beliau dihimpit perasaan bosan, kecewa, marah dan tertekan akhirnya beliau melupakan tentang solat. Begitu juga dengan solat-solat sunat, Jamaliah akui pernah mengerjakannya. Sama juga dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa dan sebagainya. Namun semua itu tidak dilakukan apabila mula terlibat dengan dadah sehinggalah beliau menghayati semula ajaran Islam di Pusat Serenti ini. Kini Jamaliah berazam untuk benar-benar berubah dan tidak mahu terlibat lagi dengan dadah. Saya juga dapati Jamaliah kini sudah mula insaf kerana beliau didapati sudah bertudung dan boleh membaca surah Al-Fatehah dengan betul sebagai pembuka bicara dan surah Al-Asri di akhir perbualan kami.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, kembali ke pangkuan agama adalah jalan yang sebaik-baiknya untuk kita benar-benar berubah menuju ke jalan yang diredaiNya. Sebagai manusia biasa, Jamaliah tidak dapat lari dari melakukan kesilapan demi kesilapan dalam hidupnya. Tapi syukur alhamdulilah, walaupun banyak kali melakukan kesilapan, Jamaliah akui wujudnya kasih sayang keluarga meskipun hanya berstatus anak angkat, di samping didikan dan pengetahuan agama Islam yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya adalah penting untuk beliau kembali ke pangkal jalan. Saya berpendapat bahawa disebabkan pendidikan dan pengetahuan agama Islam yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya itulah yang sebenarnya telah menyebabkan Jamaliah cepat sedar akan kesilapannya dan tidak menunggu masa yang lama untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan. Semoga Jamaliah akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah s.w.t ini. Amin.

salam

Agak lama tidak 'up-date' blog sendiri. Masa agak terbatas. Lebih-lebih lagi sekarang ni semua bz ngan exam. Apa pun thanks pd sape yg sudi jenguk blog ini. Jumpa lagi

Wednesday, August 27, 2008

GAMBAR PERTAMA

Gambar pertama yang berjaya diletakkan di dalam blog saya ini. Gambar ini adalah gambar bersama rakan-rakan SPADA 2008 yang diambil pada 24 Ogos 2008 yang lalu iaitu semasa kami mengunjungi Pondok Rawatan dan Pemulihan Dadah persendirian di Wakaf Baru, Kelantan. Untuk keterangan lanjut, boleh klik ke laman web notaspada.com.

Wednesday, August 20, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Hari ini pada tanggal 20hb Ogos 2008 bermulanya hari pertama saya mencipta blog. Tak susah rupanya tapi kena rileks dan ambil masa sikit. Terima kasih pada cikgu Noorhisham yang telah sudi menunjuk ajar saya bagaimana mencipta blog ringkas. Harapan saya semoga kita sama-sama boleh berkongsi cerita yang boleh mendatangkan manfaat bersama. Salam maya.